Pages

Sep 13, 2013

A Comic Experiment: The Doctor (Part 2)

Helloooooo everynyan! *wave wave*

Today's comic is waaaayyy past due. The style has changed (a bit) as I haven't held the tablet in almost a year or drawn anything of note. So many things have happened, and that would be explained in future posts. About today's comic, you'll need to read the first part here. It was so much funnier in Malay but I couldn't express it properly here. It's a...*cough* naughty joke which I read in a family magazine of all places. (The magazine is called Keluarga.)


Hehe this was a kind of an exercise for me to try and find new styles and practice story-telling. I am not the best at articulating things.

Anyway, here's the original story.
Di sebuah hospital, ada 3 orang doktor yang bersahabat baik. Mereka bertiga sentiasa bersama-sama sejak dari zaman belajar di universiti lagi. Kesetiaan dan semangat setiakawan mereka bertiga memang diakui oleh semua staf-staf yang ada. Setelah sekian lama, masing-masing telah menjadi doktor pakar dalam bidang yang berbeza.

Pada satu ketika, seorang dari mereka telah meninggal dunia. Oleh kerana khidmat yang cemerlang yang telah diberikan, maka Doktor A telah diberikan penghargaan khas, iaitu dibina sebuah tugu untuknya. Oleh kerana beliau doktor pakar dalam bidang mata, maka tugu berbentuk mata dibina berhampiran dengan tempat beliau disemadikan.

Tidak lama kemudian, Doktor B pula meninggal dunia. Oleh kerana Doktor B seorang pakar jantung, maka tugu berbentuk jantung dibina berhampiran kuburnya, sepertimana yang dianugerahkan kepada Doktor A.

Selepas selesai majlis pengebumian Doktor B, para hadirin telah terperasan yang Doktor C kelihatan begitu sugul sekali. Salah seorang daripada mereka cuba menenangkannya. "Doktor, kami tahu Doktor memang bersahabat baik dengan kedua-dua arwah.. tapi ajal mereka dah tiba. Ini adalah takdir."

Lalu Doktor C menjawab, "Aku tahu memang ajal mereka. tapi bukan sebab itu aku bersedih. Aku risau selepas aku mati nanti, satu tugu dibina berhampiran dengan kubur aku."

Hadirin itu berasa hairan. "Kenapa pula?"

Doktor itu menjawab: "Aku kan PAKAR SAKIT TUAN!!!"
Nyohoho~!

No comments: