His wonderful style, drawn on sticky notes reminds you of Doug Savage of Savage Chicken fame, and his cat-related stories may remind you of the Simon’s Cat comic strips. He draws about his memories of childhood, where he went to school, everyday happenings, and I guess anything that might strike his fancy. After a 10-year hiatus, he continued to doodle and even managed to produce 2 books! I am jealous. :p
Now, his website is officially a year old (Happy Birthday!) and he’s hosting a competition. Now, I don’t know if I’ll win, but…in his own words: Tak salah mencuba. And here I am trying. :)
Note: The rest of the entry will be in Malay. IF there’re any spelling mistakes or grammatical mistakes..Sorry :D
Selalunya, entri blog saya dalam Bahasa Inggeris, sebab bila saya berbahasa Melayu, bunyinya macam buku teks darjah 2. Demi minat terhadap suatu peraduan dari blog conteng2, saya akan menggunakan bahasa kebangsaan. Harap pembaca sekalian bersabar. (Sebenarnya bahasa bukanlah salah satu keperluan dalam peraduan tersebut, tapi saya saja nak guna juga. :3 )
Hah, entri hari ni adalah respons kepada capaian dia bertajuk Aku Ingat Lagi: Keputusan Hari UPSR. Anda ingat lagi masa UPSR anda? Masa tu pelajar Muslim akan mengambil PAFA, jadi jumlah mata pelajaran bagi mereka ialah 5, tetapi bagi pelajar-pelajar yang lain, hanya empat jumlahnya: Bahasa Melayu (Karangan), Bahasa Melayu (Pemahaman), Bahasa Inggeris, dan Matematik. Rasanya budak-budak sekarang mesti cemburu dekat kita kan?
Saya bersekolah di SK Tanjung Aru 1, sebuah sekolah kecil berhampiran pantai dan lapangan terbang. Kelas saya 6 Ikhlas (rasanya); nama kelas masa tu baru di tukar kepada ‘Nilai-nilai murni’. Asalnya nama-nama warna saja. Saya seorang pelajar yang biasa, taklah terlalu bijak, banyak kawan, kuat bermain dan sedikit pelik. Kadang-kala bila memakai pakaian sukan, Makcik Kantin akan salah sangka saya ni lelaki dan memanggil saya “Boy”. Ni pasal saya ada dua orang abang yang suka berlatih memotong rambut... menggunakan rambut saya. -_-''
Tahun keputusan UPSR saya ialah 1996. Hari tersebut dah tak ingat. Yang saya ingat, kami semua dikumpulkan dalam satu perhimpunan kecil di bawah matahari. Bukan sahaja keputusan kami diumumkan, malah sekolah menengah yang kami akan ditempatkan. Guru kelas kami, En. Aminuddin ditugaskan untuk membaca keputusan setiap pelajar.
Saya ingat lagi betapa gemuruhnya saya. Pada masa ini, saya teringatkan betapa tegasnya guru dan ibu bapa kami mendorong kami semua untuk belajar. Saya mula berasa takut jika saya gagal dalam UPSR. Tapi yang paling menakutkan ialah “hukuman” yang akan ayah berikan kepada saya jika saya gagal. Ayah seorang yang tegas. Biasalah, dia seorang anggota polis. Tuhan sajalah tahu betapa gugupnya saya.
Satu persatu nama dan keputusan disebut. Ada kawan yang mula marah dan menangis. Ada yang gembira dan ketawa. Pelajar yang mendapat 4A atau 5A dijemput untuk datang ke depan dan membuat satu barisan. Adakah saya salah seorang daripada mereka?
Akhirnya nama saya di sebut. Rasanya seperti semuanya berlaku dalam ‘slow motion’.
“Cherane Christopher. Keputusan… 2A...” Matilah aku!!!! Ayah mesti akan halau saya keluar dari rumah!
“...dan 2A!” Terpaku sekejap.
2A dan... 2A?
Kebolehan mengira saya tiba-tiba hilang. 2 campur 2 bukankah 4?
ASTAGA! 4A KAN? SAYA DAPAT 4A!! Kaki terasa seperti agar-agar. Tapi hati riang! En Aminuddin saja nak bagi saya panik.
“Sekolah kamu St Francis Convent.” Entahlah apakebendanya ni masa tu. (Kemudian saya dapat tahu, rupanya sekolah menengah perempuan.)
Saya bergerak ke depan, bersebelahan dengan rakan-rakan yang lain. Kemudian, saya menelefon ayah dengan telefon awam. Nak tahu apa ayah kata? “Ok la tu.” "Teruja" sangat dia. -_-''
P.S: Kami di suruh berkumpul di hadapan pasal sekolah telah menjemput wartawan dari akhbar tempatan buat liputan. Ni gambarnya! :D
Apakah 3 perkara yang paling anda suka dengan blog ContengConteng?
- Siri yang menarik
- Lukisan yang bersahaja
- Cerita tersangat nostalgia
Apakah 3 perkara yang anda rasa boleh diperbaiki?
- Kekerapan blog
- Lagi banyak cerita kucing
- Lagi banyak pertandingan
Apakah 3 barangan (merchandise) yang anda ingin blog ContengConteng hasilkan? (Contoh: Mug, T-shirt, Kad Ucapan)
- Plushie
- Sticker
- Key chain