Pages

Apr 12, 2012

Bolasepak = Hidup. Catur = Hidup. Jadi Catur = Bolasepak?

Selamat datang ke edisi Bahasa Malaysia istimewa Munya Munya kali kedua! Ya, sebelum ini saya hanya pernah berblog dalam Bahasa Melayu sekali saja. Nak membacanya? Pergilah ke pautan ini. :D

Apa khabar semua? Sudah makan? :D Hari ini saya bawakan sesuatu yang istimewa untuk anda semua: sebahagian daripada kehidupan seharian yang saya alami di pejabat!

Beberapa bulan lalu, dua rakan pejabat saya telah membeli satu set catur. Ini telah mengundang suatu era kegemilangan permainan catur di dalam pejabat yang sangat gilang-gemilang! *wah, silaunya!* Walaupun virus catur ini kehangatan permainan ini tidak menjangkiti diri saya, saya tidak dapat mengelak daripada melalui saat-saat getir dan mencemaskan pemain-pemain catur ini.

Semangat mereka dalam menyusun strategi, mengorak langkah, memasang perangkap, mengacah lawan, dan mengorbankan diri dalam medan pertarungan petak-petak segiempat hitam putih itu demi menggulingkan raja pihak lawan sangat menyentuh perasaan dan menggamit suasana.

Apa? Anda rasa saya hanya membesar-besarkan permainan yang bosan ini? Anda perlu berada di sini untuk menyaksikannya.

Sebenarnya saya bukannya fasih sangat dengan permainan catur ini. Setakat mengenali bentuk soldadu, kuda, istana dan raja sahaja. Saya pernah menyaksikan pertandingan catur sebenar, dan ia... sememangnya bosan.  Pergerakan pemain-pemain sangat lambat, dan suasana yang teramat serius tanpa sesiapa mengucapkan sepatah kata sama sekali tidak membantu keadaan. Inilah gambaran yang terpahat di minda saya jika sesiapa sahaja menyebut perkataan "catur".

Tapi... sekarang tidak lagi.


Jika saya tidak mengenali rakan-rakan pejabat saya, saya akan terus berfikiran sebegitu. Jikalau anda boleh membayangkan satu pertandingan bola sepak yang sengit dan getir di antara dua kelab bolasepak yang unggul, seperti itulah cara mereka bermain catur.

Mereka akan:
   mengejek lawan,
     menggunakan pemain gantian,
       meminta bantuan jurulatih,
         bersorak-sorai jika menang,
           mengungkit kemenangan/kekalahan,
             menggunakan masa tambahan (apa tu makan tengahari?),
               menggunakan pasukan sorak, dan
                 mengira pungutan mata.


Suatu hari saya dapati salah seorang pemain mula membaca doa makan berkali-kali. Saya pun berasa hairan.Rupanya mereka membaca doa tersebut setiap kali mereka "makan" buah catur lawan! Rasanya sesiapa sahaja akan hilang sabar dan tumpuan jika diperlakukan begini bukan? :D


Strategi ini memang sangat licik! Ada banyak lagi perkara-perkara yang melucukan, yang berlaku semasa mereka bermain catur. Tapi, kebanyakannya tidak boleh di letakkan di sini.

Kenapa, anda bertanya?
Pasal saya tidak tahu bagaimana untuk melukisnya! XD

Saya rasa catur semakin menarik. Ia tidaklah bosan seperti yang saya sangkakan. Mungkin satu hari nanti saya akan belajar lagi bagaimana bermain catur dengan betul.

Ada sesiapa mahu mengajar? ;)



Ribuan terima kasih kepada nama-nama di bawah ini kerana memberi kebenaran untuk saya menggunakan mereka sebagai watak.

Watak dalam komik (selain saya):
1. En. Sabri
2. En. Saiful (pakai cermin mata)
3. Pn. Uji
4. Ecah (anak Pn. Uji)

Juga ribuan terima kasih kepada Ustaz Babbar kerana telah membantu menulis Jawi untuk doa makan di atas. Semoga ustaz berjaya dan gembira di tempat kerja yang baru. Jangan lupakan kami tau? :)

4 comments:

Aujinz said...

hahaha kelassss Cherane..
siap ada doa makan tue yang best tue.. kih kih kih..

Cherane said...

Mesti bersyukur atas semua rezeki kikikiki :D

Happy walker said...

was here~ all the best~ =)

Ahmad said...

cheraneee!!

kenapa tak ajak saya main catur di pejabat awak...? :3